Cari @ Amanz

webOS merupakan salah satu sistem operasi menarik yang dibangunkan oleh Palm, sebelum dibeli oleh HP dan dijual kepada LG. Sehingga kini, webOS hanya digunakan oleh LG pada televisyen sahaja, dan perkara tersebut dijangka akan berubah apabila kini LG dilihat ingin membawanya ke jam tangan pintar.

LG webOS

Melalui halaman pembangun yang ditemui The Verge, ia dilihat LG bakal menawarkan sebuah kit pembangunan untuk membolehkan para pembangun hadir dengan aplikasi khusus untuknya.

LG buat masa ini telah memperkenalkan LG G Watch dan juga G Watch R – dimana kedua-duanya berasaskan kepada sistem operasi Android. Berkemungkinan, pihak LG inginkan suatu alternatif – lebih kurang seperti rakan senegara mereka, Samsung yang memfokuskan Tizen.

Buat masa ini, LG tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan usaha mereka. Namun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat webOS terus hidup. Mungkinkah suatu hari nanti kita akan dapat melihatnya kembali pada telefon pintar dan tablet?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd