Cari @ Amanz

CyanogenCyanogenMod merupakan salah satu variasi daripada kod sumber Android, yang mana hadir bersama-sama pelbagai penambah-baikkan dan perubahan. CyanogenMod sedia ditawarkan untuk pelbagai peranti popular, selain turut bekerjasama dengan Oppo dan OnePlus dalam menawarkan sistem operasi versi mereka kepada pengguna.

Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana CyanogenMod menarik minat beberapa nama besar seperti Samsung dan Microsoft untuk mengambil-alih mereka. Terkini, ia dikatakan Google telah berjumpa dengan mereka untuk pengambil-alihan, tetapi kedua-duanya tidak mencapai kata sepakat.

Memandangkan Cyanogen dibangunkan berasaskan kod sumber Android, selain turut menyertakan Google Play pada beberapa peranti, maka ia tidak diketahui apakah yang menarik minat Google dalam mendapatkannya. Berkemungkinan pihak Google lebih berminat kepada pembangun disebaliknya – dimana pelbagai syarikat gergasi kini mengambil-alih sesuatu pasukan pembangun untuk mendapatkan tenaga kerjanya.

Apa pun, ia dikatakan kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat, dan sebagai alternatif, kini pihak Cyanogen dilaporkan sedang mengumpulkan dana syarikat pada nilai $1 bilion.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan berkemungkinan pihak Cyanogen bekerjasama dengan beberapa syarikat baru dalam menawarkan perisian mereka, dan salah satu yang disebut adalah Micromax dari India.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd