Zenfone 5 Dan Zenfone 6 Turut Sedia Untuk Dikemaskini Ke Android KitKat

Zenfone 5 Dan Zenfone 6 Turut Sedia Untuk Dikemaskini Ke Android KitKat

Diterbitkan pada Okt 3, 2014 oleh .

Selain pengenalan Android KitKat untuk pengguna Zenfone 4, pihak Asus juga turut sama telah mula memperkenalkan kemaskini yang sama untuk pengguna Zenfone 5 dan juga Zenfone 6.

Secara kasar, ia membawakan kemaskini Android 4.4 yang membolehkan pengguna menetapkan aplikasi permesejan utama, sokongan pengecasan tanpa-wayar, sokongan protokol DLNA, fungsi Do Not Disturb, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Asus Zenfone 5 KitKat

Kemaskini ini bersaiz sekitar 450MB, dan bagi pengguna peranti Asus Zenfone 5 dan Zenfone 6, anda boleh menyemak pada peranti anda, dan memulakan proses kemaskini hari ini.


TIPS & ULASAN