Twitter Untuk Mac Kini Membolehkan Anda Berkongsi Sehingga 4 Gambar Dalam Satu Tweet

Twitter Untuk Mac Kini Membolehkan Anda Berkongsi Sehingga 4 Gambar Dalam Satu Tweet

Diterbitkan pada Okt 3, 2014 oleh .

Twitter sebelum ini telah membawakan fungsi berkongsi multi-gambar pada aplikasi web dan juga aplikasi mudah-alih mereka. Kini, fungsi tersebut turut sama diperluaskan kepada pengguna Twitter untuk Mac.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan hari ini pada Twitter untuk Mac, ia membolehkan pengguna berkongsi sehingga empat gambar dalam satu tweet, dan lihat imej pada resolusi penuh dengan klik pada thumbnail yang dipaparkan.

Twitter Mac

Disamping itu, kemaskini untuk Mac ini juga kini membolehkan pengguna menghantar gambar melalui DM pada Twitter.

Bagi pengguna Twitter untuk Mac, anda boleh kemaskini aplikasi anda hari ini dan menggunakan fungsi perkongsian gambar baru yang dibawakan olehnya.

Muat-Turun Twitter untuk Mac


TIPS & ULASAN