Evernote merupakan salah aplikasi untuk mencatat dan menyimpan nota, dan ditawarkan pada pelbagai platform. Terkini, hari ini, pembangunnya telah mengemaskini klien web mereka, dengan memperkenalkan versi beta baru yang lebih kemas, dan membolehkan pengguna memfokuskan kepada penulisan.
Melalui klien web baru, sebaik sahaja pengguna log masuk, mereka dipaparkan dengan panel untuk mencatatkan nota. Sebaik sahaja pengguna mula menaip, ia menghilangkan pelbagai bahagian tepi laman, dan membolehkan pengguna memfokuskan kepada penulisan dan catatan nota tanpa diganggu oleh perkara lain.
Bagi pengguna Evernote, anda boleh mengakses versi web hari ini, dan anda akan diberikan pilihan untuk menyertai ujian beta ini ataupun sebaliknya. Bagi anda yang tidak ingin mencubanya, anda masih boleh kekal menggunakan versi sedia ada – tetapi ia akan beralih ke versi baru ini tidak lama lagi.
- Layari : Klien Web Evernote