Flipboard Untuk Windows Phone Sedia Untuk Dimuat-Turun

Flipboard Untuk Windows Phone Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 3, 2014 oleh .

Flipboard untuk pengguna Windows Phone telah dinantikan sekian lama, dan hari ini secara rasminya mereka mengumumkan pengenalan aplikasi bacaan mereka untuk platform Windows Phone – dan untuk menggunakannya, peranti anda perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 1GB RAM.

Bagi yang tidak mengenali Flipboard, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan bacaan, membolehkan anda melanggan untuk pelbagai topik daripada web, disamping turut mengintegrasikan sokongan sosial padanya.

Seperti pelbagai aplikasi Flipboard, pengguna turut disediakan untuk mengaksesnya melalui Live Tiles, disamping untuk Windows Phone ia hadir dengan bentuk rekaan yang khusus untuknya, dimana ia lebih memfokuskan kepada tatalan berbanding flip seperti pada beberapa platform lain.

Bagi pengguna peranti Windows Phone dengan memori melebihi 1GB RAM, anda boleh memuat-turun Flipboard hari ini, dan menggunakannya dalam menguruskan bahan bacaan anda.

Muat-Turun Flipboard untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN