Cari @ Amanz

Camera51 Untuk Android Ingin Memudahkan Anda Merakamkan Gambar Dengan Cantik

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat pelbagai aplikasi khusus untuk merakamkan gambar di Android, dan terkini, salah satu aplikasi baru yang hadir adalah Camera 51.

Camera51 memfokuskan kepada penawaran kebolehan merakamkan gambar dari posisi yang cantik dan menarik untuk dirakam. Menggunakannya, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah kotak kecil untuk mendapatkan posisi yang baik – dan hanya perlu mengerakkan peranti anda supaya selari dengan kotak yang dipaparkan.

Camera51

Selain rakaman gambar menggunakan kamera belakang, ia juga turut dioptimasikan untuk bantuan ketika rakaman gambar selfie.

Apa pun, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk peranti berspesifikasi tinggi sahaja buat masa ini, memandangkan ia perlu membuat pemprosesan pantas untuk menganalisa data persekitaran dan objek yang ingin dirakam ketika sesuatu masa.

Daripada percubaan kami pada Galaxy S5, ia berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah, dan beberapa gambar yang dirakamkan hasil daripada bantuannya tampak lebih menarik berbanding kebiasaan.

Bagi anda yang mempunyai peranti Android, mungkin boleh melihat sama ada peranti anda disokong ataupun sebaliknya, dan merakamkan gambar anda menggunakan Camera51 ini.


Komen ()