Carian
Samsung Menjadualkan Pelancaran Galaxy Note 4 Di Malaysia Pada 15 Oktober
October 3, 2014 Aman

Samsung Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan kepada media, untuk acara pelancaran Galaxy Note 4 di Malaysia, pada 15 Oktober kelak. Seperti biasa, harga jualannya masih tidak diumumkan buat masa ini, dan dijangka akan diketahui pada acara berkenaan.

Samsung Galaxy Note 4 merupakan phablet terbaru daripada pihak Samsung, dimana kini ia menggunakan elemen rekaan baru, termasuk bingkai berasaskan logam, skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan resolusi 2560×1440 pixel, kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS, kamera hadapan 3.7-megapixel dengan kebolehan rakaman luas, dan hadir menggunakan ruangan storan sebesar 32GB.

Beberapa ciri-ciri baru lain yang digunakan pada Galaxy Note 4 adalah termasuk penggunaan kad-SIM bersaiz nano, dan menggunakan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan peranti dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit.

Beberapa ciri-ciri baru pada S-Pen turut disertakan, selain mana Samsung turut mengemaskini beberapa perkara pada TouchWiz.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini daripada pelancaran rasmi pada 15 Oktober kelak. Sementara itu, bagi anda, berapakah harga jualan anggaran yang dijangka untuk Galaxy Note 4 ini?

Samsung Galaxy Note 4 Malaysia

Komen