HTC baru-baru ini telah memperkenalkan Desire 820 dengan beberapa fungsi memfokuskan selfie. Selain daripada peranti tersebut, pihak HTC dilihat turut mempunyai perancangan untuk beberapa peranti lain, termasuk salah satunya yang dikenali dengan nama “Desire Eye” buat masa ini.
Telefon pintar ini dijangka akan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, skrin bersaiz 5.2-inci, memori sebanyak 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 2400mAh, selain turut dilengkapi dengan sokongan kalis air IPX7.
Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah kamera 13-megapixel pada bahagian hadapan dan belakang, membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan lebih jelas menggunakannya.
Memandangkan spesifikasinya boleh dikatakan adalah tinggi, maka ia tidak diketahui sama ada Desire Eye ini terdapat kaitan dengan ura-ura HTC One M8 Eye yang diperkatakan sebelum ini.
Apa pun, memandangkan tiada sebarang komen rasmi daripada pihak HTC buat masa ini, perkara ini boleh dikategorikan sebagai hanya desas-desus sahaja.