Honor Mencabar Anda Mencari Telefon Pintar Yang Lebih Baik Dari Honor 6

Honor Mencabar Anda Mencari Telefon Pintar Yang Lebih Baik Dari Honor 6

Diterbitkan pada Okt 3, 2014 oleh .

Honor 6 telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung minggu lepas, dimana ia membawakan spesifikasi yang agak baik – dilengkapi cip lapan teras, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel serta pelbagai ciri-ciri menarik untuknya.

Honor 6 Showdown

Kini, bersempena dengan pelancaran dan penjualan Honor 6 di Malaysia, pihak Honor (anak syarikat Huawei) turut sama menyediakan sebuah pertandingan khas – dimana mereka mencabar para pengguna untuk hadir dengan sebuah telefon pintar yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik daripada peranti berkenaan.

Daripada pertandingan yang diadakan, pihak Honor mencabar untuk membandingkan telefon pintar pilihan pengguna dengan Honor 6 melalui beberapa ciri-ciri, termasuk CPU, RAM, kamera, skrin, kelajuan rangkaian, infrared, bateri, kelajuan merakamkan gambar dan bilangan paten. Sekiranya anda menemui sebarang peranti yang mengalahkan Honor 6 dalam sekurang-kurangnya lima ciri, maka anda berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar Honor 6.

Honor 6 Showdown

Pertandingan ini dijalankan oleh pihak Honor Malaysia sehingga 7 Oktober kelak (5 petang), dan anda boleh mencuba nasib dengan menyertainya hari ini. Jadi, adakah anda mempunyai sebarang idea berkenaan peranti yang boleh mencabar Honor 6 yang dijual pada harga RM999 ini?

Honor 6 Showdown

Sertai : Pertandingan #Honor6Showdown

Baca : Pandang Pertama Honor 6

Ini adalah advertorial daripada pihak Honor Malaysia.


TIPS & ULASAN