Seperti mana yang dinantikan, hari ini vivo Malaysia telah pun mula menawarkan Xplay 3S di pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan penggunan tempatan mendapatkan telefon pintar dengan skrin 2K daripada Vivo.
Sebelum ini, Vivo menjadi yang pertama memperkenalkan telefon pintar dengan skrin 2K, tetapi mengambil masa yang lama untuk diperkenalkan di pasaran Malaysia. Buat masa ini, terdapat sejumlah peranti dengan skrin 2K, termasuk daripada pihak Oppo – selain Galaxy Note 4 yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan Snapdragon 2.3Ghz, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, sokongan pengimbas cap jari, da juga dilengkapi dengan sokongan Extreme HiFi.
Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM1899. Dengan harganya, adakah ia akan menarik minat anda untuk mendapatkannya?