Cari @ Amanz

Beberapa syarikat seperti Apple dan Google telah sedia memfokuskan kepada perkhidmatan memfokuskan data kesihatan pengguna, dan kini Facebook dikatakan turut akan menyertai arena yang sama. Apa pun, berbeza dengan Apple dan Google yang mengumpulkan data melalui peranti, pendekatan Facebook dilihat sedikit berbeza.

Menurut laporan Reuters, Facebook ingin membuat beberapa komuniti sokongan yang membolehkan pengguna Facebook berhubung dan berkongsi pelbagai perkara berkaitan sesuatu penyakit. Facebook juga dijangka akan menyediakan beberapa aplikasi yang akan menambah baik gaya hidup dan mengelakkan daripada pelbagai penyakit.

Facebook dikatakan telah bertemu dengan beberapa pakar kesihatan dan perubatan, dalam membangunkan beberapa aplikasi dan mengumpulkan idea berkenaan dengannya.

Facebook sedia digunakan ramai dalam berkongsi pelbagai data berkenaan mereka. Namun, perkongsian data kesihatan masih dianggap peribadi dan tidak selesa untuk semua pengguna. Ia tidak lagi diketahui bagaimanakah pendekatan pihak Facebook kelak – terutamanya dalam mengumpulkan data dan menarik pengguna menggunakan perkhidmatan baru mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd