Cari @ Amanz

Dengan bermulanya bulan Oktober, salah satu perkara yang sedia diketahui adalah yang mana Apple bakal memperkenalkan beberapa lagi produk baru mereka pada bulan ini, dan kini ia dikatakan akan dijadualkan pada 16 Oktober kelak (17 Oktober waktu Malaysia).

Pada acara bulan Oktober ini, Apple dijangka akan memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk tablet baru mereka, iaitu iPad Air 2 dan juga iPad Mini baru. Kedua-duanya dijangka akan menyertakan sokongan TouchID, kemaskini spesifikasi dan beberapa perkara lain. Pihak Apple juga dijangka akan memperkenalkan sistem operasi baru mereka kepada umum, iaitu OS X Yosemite, selain pada masa yang sama berkemungkinan memperkenalkan iMac dengan paparan sehingga 5K.

Dengan tarikh acara yang telah dikenal-pasti ini, mungkin kita akan melihat Apple menghantar emel jemputan kepada media antarabangsa tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd