Yahoo! dibawah Marissa Mayer telah aktif untuk mengambil-alih beberapa syarikat aplikasi mudah-alih dengan fokus mendapatkan bakat dan tenaga kerja disebaliknya. Terkini, syarikat baru yang diambil-alih oleh Yahoo! adalah MessageMe.
MessageMe merupakan salah satu aplikasi permesejan, membolehkan pengguna berkomunikasi dalam kaedah yang menarik. Namun, dengan pelbagai aplikasi permesejan diluar sana, ia membuatkan mereka sukar untuk menambah pengguna baru berbanding beberapa syarikat permesejan lain.
Yahoo! dilihat mengambil-alih pasukan ini dalam usaha untuk menambah baik produk komunikasi mudah-alih pada Yahoo!.
Dengan pengambil-alihan ini juga, aplikasi MessageMe akan ditamatkan bermula 7 November kelak.