Carian
Microsoft Akan Menawarkan Pilihan Kemaskini Pantas Untuk Windows 10
October 4, 2014 Aman

Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 Technical Preview beberapa hari yang lepas, dan kini beberapa informasi baru mengenainya hadir – dan salah satunya memfokuskan kepada kemaskini.

Ia dikatakan yang mana Microsoft akan menawarkan dua pilihan kemaskini kepada pengguna, satu memfokuskan kepada mereka yang inginkan kemaskini pantas, sementara satu lagi akan memfokuskan kepada pengguna perusahaan.

Melalui fungsi kemaskini pantas, Microsoft bakal menawarkan pelbagai kemaskini dengan pantas kepada pengguna – membolehkan fungsi baru ditawarkan kepada pengguna, termasuk kemaskini dari segi Cortana dan sebagainya.

Perkara ini sekaligus akan menjadikan Windows 10 salah satu sistem operasi yang menarik dari segi perspektif pengguna – memandangkan mereka akan menerima kemaskini sekuriti dan sebagainya daripada Microsoft dari semasa ke semasa.

Selain daripada tawaran kemaskini pantas, Microsoft juga dijangka menyediakan fungsi kemaskini khusus untuk perusahaan – yang mana akan memfokuskan kepada penawaran kemaskini sekuriti dan kritikal. Perkara ini selari dengan permintaan pihak perusahaan yang mana hanya inginkan kepada kemaskini stabil sahaja dan bukannya inginkan sebarang fungsi baru.

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya spekulasi sahaja, dan pihak Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Komen