Aplikasi VLC Dikemaskini Dengan Sokongan Untuk Windows 8.1 – Sedia Dimuat-Turun

Aplikasi VLC Dikemaskini Dengan Sokongan Untuk Windows 8.1 – Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 5, 2014 oleh .

VLC telah memperkenalkan aplikasi mereka khusus untuk pengguna Windows 8 dalam bentuk aplikasi ModernUI (Metro), dan terkini, pembangunnya telah mengemaskini aplikasi mereka, dan memperkenalkan sokongan untuk Windows 8.1.

VLC Media Player

Melalui kemaskini baru ini, VLC turut menyertakan kemaskini dari segi antaramuka – yang mana tampak lebih kemas. Pembangunnya mengatakan ia masih lagi dalam bentuk beta, dan kini beroperasi dengan lebih pantas untuk proses decoding.

Untuk pengguna sedia ada, anda perlu nyah-pasang aplikasi VLC pada komputer anda terlebih dahulu, sebelum dapat memasang aplikasi baru ini.

Dan hendaklah diambil perhatian, yang mana versi ini adalah berbeza dengan versi VLC Media Player yang telah ditawarkan untuk pengguna Windows untuk sekian lama. Melalui pengenalan aplikasi khusus untuk Windows 8.1 ini, ia memudahkan pengguna untuk memasangnya terus melalui Windows Store berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini dan mencubanya pada komputer anda.

Muat-Turun VLC Untuk Windows 8.1


TIPS & ULASAN