Cari @ Amanz

BlackBerry telah pun mula menggunakan BlackBerry 10.3 pada beberapa peranti baru mereka, dan peranti sedia ada dijangka akan menerima kemaskini BlackBerry 10.3.1 pada tahun ini.

Bagi pengguna sedia ada, mungkin ingin mengetahui apakah fungsi baru yang akan dibawakan oleh kemaskini BlackBerry 10.3.1 kelak – selain daripada beberapa pembaharuan seperti dari segi antaramuka, integrasi Amazon AppStore dan sebagainya yang sedia diketahui pada BB 10.3.

Kini, melalui sebuah video ringkas, ia diperlihatkan yang mana BlackBerry 10.3.1 akan menyertakan fungsi mengubah warna latar keseluruhan sistem kepada gelap atau cerah, fungsi untuk menghalang sesuatu pemanggil, kebolehan untuk menyembunyikan gambar serta video, fungsi Battery Saving Mode, dan juga sokongan Custom Notification.

Secara kasarnya, ia dilihat BlackBerry ingin menawarkan lebih kemudahan untuk mengubah sistem operasi berkenaan selari dengan kehendak pengguna – disamping turut memfokuskan kepada masa bateri yang lama.

Buat masa ini, pihak BlackBerry masih tidak berkongsi bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd