Clean Master Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Windows

Clean Master Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan pada Okt 5, 2014 oleh .

Clean Master merupakan salah satu aplikasi Android yang popular, membolehkan pengguna memadam pelbagai fail yang tidak digunakan pada peranti Android, dan menambah-baik penggunaan memori, serta melindungi peranti daripada aplikasi berbahaya dan sebagainya.

Kini, pembangunnya turut sama telah menerbitkan perisian mereka untuk pengguna Windows, dimana Clean Master untuk Windows hadir sebagai salah satu perisian yang lebih kurang sama seperti CCleaner.

Clean Master

Clean Master

Menggunakannya, buat masa ini, fungsi yang ditawarkan masih terhad – dan lebih memfokuskan kepada membuang fail-fail yang tidak digunakan dan mendapatkan lebih ruangan pada komputer anda. Jikalau dibandingkan secara kasar dengan CCleaner, perisian CCleaner membuat imbasan dengan lebih mendalam dan meliputi lebih banyak perkara berbanding dengan Clean Master.

Apa pun, memandangkan Clean Master baru pada versi pertamanya untuk Windows, ia boleh dikatakan ia masih pada versi asas – dan mungkin pembangunnya akan menambah lebih banyak perkara kepadanya tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma, dan mencuba sendiri pada komputer anda hari ini.

Muat-Turun Clean Master untuk Windows


TIPS & ULASAN