Asus Dijangka Memperkenalkan Zenfone 5.5 Pada Awal Tahun Hadapan

Asus Dijangka Memperkenalkan Zenfone 5.5 Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 5, 2014 oleh .

Asus pada tahun ini telah memperkenalkan Zenfone dalam pilihan saiz 4-inci,, 4.5-inci, 5-inci dan juga 6-inci. Ia boleh dikatakan mempunyai peminatnya tersendiri – apatah lagi dengan harga yang ditawarkan yang murah, disamping penawaran beberapa kemaskini semasa daripada pihak Asus.

Dalam memperluaskan portfolio telefon pintar mereka, kini laporan baru hadir mengatakan Asus mungkin memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Zenfone pada CES 2015 kelak, dan salah satu peranti yang dijangka akan diperkenalkan adalah Zenfone bersaiz 5.5-inci.

Ia tidak diketahui berkenaan spesifikasi yang ditawarkan, namun tidak mustahil untuk ia terus kekal menggunakan cip pemprosesan Intel padanya.

Asus juga dikatakan mungkin akan menambah produk-produk lebih banyak dalam penawaran mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN