Cari @ Amanz

Brush-Mouse-1

Sebelum ini ada kami katakan tetikus adalah antara teknologi yang usianya sebaya dengan negara kita Malaysia. Dalam masa 51 tahun, pelbagai jenis tetikus dihasilkan yang mensasarkan golongan tertentu. Tetikus menggunakan bebola kini sudah pupus dan digantikan dengan tetikus pengesan laser. Kini ada konsep rekaan tetikus yang cuba mengurangkan masalah telapak tangan berpeluh apabila digunakan untuk masa yang lama. Brush Mouse ialah tetikus rekaan Jang Woo-seok yang dapat mengurangkan masalah peluh. Tubuh tetikus ini diilhamkan oleh berus rambut dan keluasan permukaan telapak tangan yang menyentuh tetikus dikatakan dapat mengurangkan masalah peluh. Menurut Jang Woo-seok, selain mengurangkan masalah peluh ianya juga boleh mengurut telapak tangan anda ketika digunakan. Idea yang menarik walaupun agak aneh.

Brush-Mouse-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd