Windows Store Bakal Menyertakan Perisian Desktop Dan Kandungan Digital Tidak Lama Lagi

Windows Store Bakal Menyertakan Perisian Desktop Dan Kandungan Digital Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 5, 2014 oleh .

Windows Store boleh dikatakan masih kurang digunakan ramai pengguna, dan lebih digunakan oleh pengguna komputer Windows RT sahaja memandangkan aplikasi ditawarkan hanya terhad kepada aplikasi versi ModernUI (Metro) sahaja buat masa ini.

Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi – apatah dengan fokus pihak Microsoft mengubah Windows Store sebagai satu kedai aplikasi untuk pelbagai saiz peranti.

Windows 10

Mengikut apa yang dikongsikan oleh Microsoft (kini telah dipadamkan), Windows Store bakal menambah aplikasi dan perisian desktop, serta pelbagai jenis kandungan digital padanya. Pada masa yang sama, pelbagai cara pembayaran turut akan ditawarkan untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran.

Buat masa ini, untuk Windows Phone Store, ia sedia menyokong pembayaran melalui kredit talian telefon, dan berkemungkinan ia akan dikekalkan pada versi baru Windows Store kelak.

Sekiranya Microsoft beralih kepada penawaran kedai aplikasi seumpama Apple untuk Mac AppStore, ia mungkin menjadi salah satu destinasi yang disinggah ramai untuk mendapatkan aplikasi dan perisian – serta memudahkan pengurusan perisian dan kandungan digital pengguna terus melalui satu destinasi.

Mungkin kita akan dapat melihat pihak Microsoft berkongsi lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN