Lagi Gambar HTC Desire Eye Hadir – Memperlihatkan Rekaan Depan Dengan Kamera 13-Megapixel
HTC

Lagi Gambar HTC Desire Eye Hadir – Memperlihatkan Rekaan Depan Dengan Kamera 13-Megapixel

Diterbitkan pada Okt 5, 2014 oleh .

Lanjutan daripada info tertiris beberapa hari yang lepas, kini sebuah lagi gambar baru hadir, memperlihatkan dengan lebih jelas rekaan peranti memfokuskan selfie daripada HTC yang bakal hadir tidak lama lagi, iaitu HTC Desire EYE.

HTC Desire Eye

Melalui gambar yang tertiris hari ini daripada HTCFamily.ru, ia memperlihatkan rekaan kerangka peranti yang menyerupai HTC Desire 820 – dimana ia membawakan jalur berwarna pada bahagian tepi peranti.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah kamera hadapan 13-megapixel, dimana hadir dengan lensa f2.0, dan turut menawarkan sokongan rakaman gambar luas. Kamera hadapan juga dilihat dilengkapi dengan dwi-LED Flash untuk membolehkan anda membuat rakaman menggunakan kamera hadapan pada sebarang keadaan cahaya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak HTC akan melancarkan peranti ini. Untuk masa terdekat ini, mereka menjadualkan sebuah acara khas pada minggu ini – dimana dijangka akan memperlihatkan kamera aksi mereka seumpama GoPro, dinamakan sebagai ReCamera dan boleh dihubungkan dengan peranti Android dan iOS.

Sama-sama kita nantikan sama ada pihak HTC akan turut mengumumkan peranti ini pada acara tersebut, atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN