HP Ingin Membahagikan Perniagaan Kepada Dua – Satu Untuk PC/Pencetak Dan Satu Lagi Untuk Perusahaan

HP Ingin Membahagikan Perniagaan Kepada Dua – Satu Untuk PC/Pencetak Dan Satu Lagi Untuk Perusahaan

Diterbitkan pada Okt 6, 2014 oleh .

Selepas eBay mengumumkan akan membahagikan PayPal kepada syarikat berasingan, kini Hewlett-Packard pula dilaporkan bakal berpecah kepada dua unit berbeza, dimana satu akan memfokuskan kepada bahagian PC peribadi dan pencetak, sementara satu lagi memfokuskan kepada bahagian perusahaan dan korporat.

Pembahagian kepada dua entiti berbeza ini dijangka akan diumumkan seawal minggu ini.

Dengan pembahagian ini, ia dijangka yang mana HP akan dapat memfokuskan lagi kepada pembangunan produk dan syarikat dengan lebih efektif berbanding pada hari ini.

Pembahagian ini juga dijangka akan memberikan kesan kepada pentadbiran syarikat, dimana CEO semasa HP dijangka akan memfokuskan kepada bahagian perusahaan dan korporat, sementara CEO baru akan mengetuai bahagian PC dan pencetak.

Seperti biasa, pihak HP tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN