Windows 95 merupakan salah satu sistem operasi yang kini berusia hampir 20 tahun lamanya. Terkini, salah seorang pengguna telah mencuba untuk menjalankan sistem operasi tersebut pada Samsung Gear Live, dan merakamkan demo ringkas untuknya.
Untuk makluman, Samsung Gear Live menggunakan Android Wear, dan untuk menjayakan perkara ini, pengguna tersebut menggunakan aplikasi aDosBox yang membuatkan Android berjalan sebagai dioptimasikan untuk pemprosesan x86, dan membolehkan pengguna menjalankan sistem operasi DOS.
Untuk makluman, Samsung Gear Live merupakan jam tangan pintar terbaru berasaskan Android Wear, dilengkapi cip Snapdragon 400, memori sebanyak 512MB, ruangan storan 4GB, dan bateri berkapasiti 300mAh.
Dari segi praktikal, mungkin perkara ini tidak akan digunakan pengguna pada skrin bersaiz 1.6-inci. Namun, ia agak menarik untuk melihat perkara ini, apatah lagi menjalankan sistem operasi yang berusia lebih kurang 20 tahun pada jam tangan pintar.