Microsoft Menerbitkan Panduan Rasmi Untuk Windows 10 Technical Preview

Microsoft Menerbitkan Panduan Rasmi Untuk Windows 10 Technical Preview

Diterbitkan pada Okt 6, 2014 oleh .

Panduan Windows 10 Technical PreviewWindows 10 Technical Preview telah diperkenalkan kepada umum pada minggu lepas, dan kini, kurang seminggu, pihak Microsoft turut sama telah menerbitkan sebuah buku panduan digital kepada pengguna sebagai rujukan.

Melalui panduan yang disediakan oleh Microsoft ini, ia membawakan panduan dan memaparkan pelbagai fungsi baru yang disertakan pada Windows 10 Technical Preview ini.

Untuk makluman, Windows 10 Technical Preview memfokuskan kepada pengguna dalam industri IT, dan masih tidak stabil sepenuhnya buat masa ini. Pihak Microsoft juga mengumpulkan pelbagai maklumat daripada pengguna berdasarkan pengunaan dan panel maklumbalas yang disediakan oleh Microsoft khusus untuk Windows 10 Technical Preview ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan idea atau mengetahui pelbagai fungsi yang dibawakan oleh Windows 10 Technical Preview ini, mungkin boleh memuat-turun panduan yang disediakan oleh Microsoft dalam bentuk PDF ini.

Muat-Turun Panduan Windows 10 Preview (PDF)

Baca : Ulasan Windows 10 Technical Preview


TIPS & ULASAN