ZTE Bakal Memperkenalkan Sehingga 5 Telefon Pintar Baru Di Malaysia Tidak Lama Lagi

ZTE Bakal Memperkenalkan Sehingga 5 Telefon Pintar Baru Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 6, 2014 oleh .

Dengan pelbagai syarikat dari China mula memperkenalkan dan menawarkan telefon pintar ke pasaran tempatan, salah satu syarikat yang senyap untuk sekian lama adalah ZTE.

ZTE telah sedia memperkenalkan beberapa telefon pintar di Malaysia pada tahun-tahun lepas, tetapi kebanyakkan model baru yang diumumkan masih tidak hadir ke sini secara rasminya pada tahun ini.

ZTE Malaysia

Perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi, apabila kini melalui halaman Facebook rasmi, pihak ZTE Malaysia mengatakan akan membawa masuk lebih kurang 5 telefon pintar baru ke Malaysia tidak lama lagi.

Namun, model apakah yang akan dibawa masuk tidak diumumkan – selain hanya memaparkan lakaran ringkas untuknya sahaja.

Jadi, bolehkah anda teka apakah model-model yang akan dibawa masuk oleh ZTE tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN