Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai acara berkenaan startup memfokuskan kepada syarikat yang berpangkalan di Lembah Klang. MAD Incubator baru-baru ini telah mengadakan acara Technopreneur Open Day di Johor dan Sabah, dan pada 9 Oktober ini akan mengadakan acara yang sama di Eureka Complex, USM Pulau Pinang.

Pada acara Technopreneur Open Day, MAD Incubator akan mengendalikan 3 kategori perkongsian ilmu yang berkaitan dengan industri kecil dan sederhana, perkongsian ilmu berkaitan teknologi dan trend semasa. Antara sesi menarik yang dijangka bakal diadakan termasuklah penerangan berkenaan program ICON 3, iaitu dana tersedia untuk pembangunan aplikasi serta idea pemasaran produk yang menggunakan kos yang rendah. Pada masa yang sama juga MAD Incubator mengadakan pertandingan Pitch & Qualify untuk mencari startup yang berkelayakan untuk menyertai program biasiswa yang disediakan mereka. Terdapat hadiah berupa ruang bagi startup di inkubator, tapak pameran pada acara D.A.R.E. Bizstart Showcase 2014, jemputan untuk melancarkan startup mereka di acara MAD TechVentures serta secara tidak langsung akan memperoleh jemputan untuk menyertai aktiviti dalam mencari pelabur.

TOD2014-Agenda-LongPoster1-web

 

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menyertai acara ini di USM Pulau Pinang minggu ini, dua lagi tarikh seterusnya adalah pada 16 Oktober 2014 di Casuarina, Bandar Meru Raya, Perak dan juga pada 30 Oktober 2014 di MTCC Cyberjaya, Selangor. Perlu diingatkan bagi hadirin yang berminat dengan acara Pitch & Qualify, anda perlu menghantar maklumat berkenaan startup anda di halaman ini dan pihak MAD Incubator akan memberikan maklumbalas mengenainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd