HP Mengumumkan Pembahagian Syarikat Secara Rasmi – Kepada HP Enterprise Dan HP Inc

HP Mengumumkan Pembahagian Syarikat Secara Rasmi – Kepada HP Enterprise Dan HP Inc

Diterbitkan pada Okt 6, 2014 oleh .

Hewlett-Packard hari ini mengumumkan perancangan untuk membahagikan syarikat mereka kepada dua bahagian secara rasminya – seperti mana yang diura-ura akan sebelum ini. Melalui pembahagian ini, HP Inc akan terus memfokuskan kepada komputer peribadi dan juga pencetak, sementara HP Enterprise pula akan memfokuskan kepada perusahaan dan korporat sepenuhnya.

Hewlett-Packard mengatakan yang mana kedua-dua syarikat ini akan beroperasi secara bebas sepenuhnya, sekaligus membolehkan mereka memfokuskan kepada pembangunan produk dan bergerak lebih fleksibel berbanding sekarang.

Dari segi pentadbiran, CEO semasa HP, iaitu Meg Whitman akan menjadi CEO untuk HP Enterprise, dan pada masa yang sama menjadi pengerusi untuk bahagian PC dan pencetak, sementara Dion Weisler akan menjadi CEO kepada bahagian PC dan pencetak.

HP menjangkakan yang mana pembahagian syarikat ini akan selesai sepenuhnya menjelang penghujung tahun fiskal 2015.


TIPS & ULASAN