WhatsApp Kini Milik Facebook Secara Rasminya

WhatsApp Kini Milik Facebook Secara Rasminya

Diterbitkan pada Okt 6, 2014 oleh .

WhatsAppFacebook pada bulan Februari 2014 yang lepas telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih WhatsApp pada harga $19 bilion. Kini, selepas melalui pelbagai fasa, mereka telah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa, dan WhatsApp kini milik Facebook secara rasminya.

Pengambil-alihan WhatsApp oleh Facebook merupakan salah satu perkara yang mengejutkan ramai – terutamanya adalah nilai yang ditawarkan oleh Facebook untuk pembelian perkhidmatan aplikasi permesejan popular tersebut.

Dengan pengambil-alihan WhatsApp, kini pengasasnya dan juga CEO, Jan Koum akan menyertai ahli lembaga Facebook – serta akan mengambil gaji sebanyak $1 setahun. Beliau dijangka akan terus memfokuskan kepada pembangunan WhatsApp sebagai sebuah jenama yang bebas daripada Facebook. WhatsApp sebelum ini telah mengatakan mereka akan memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi mereka tidak lama lagi.

Pengambil-alihan ini juga turut menjadikan Facebook kini mempunyai dua aplikasi mudah-alih paling popular di peranti mudah-alih, iaitu Instagram dan juga WhatsApp.


TIPS & ULASAN