Galaxy Core Prime – Satu Lagi Peranti Berspesifikasi Pertengahan Dari Samsung

Galaxy Core Prime – Satu Lagi Peranti Berspesifikasi Pertengahan Dari Samsung

Diterbitkan pada Okt 7, 2014 oleh .

Samsung pada minggu lepas telah memperkenalkan telefon pintar mereka memfokuskan kepada selfie, dinamakan sebagai Galaxy Grand Prime. Kini, sebuah variasi daripadanya dengan spesifikasi lebih rendah hadir, dinamakan sebagai Galaxy Core Prime.

Galaxy Grand Core Prime

Peranti ini telah pun disenaraikan di India, dimana ia dilihat menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci PLS LCD, memori sebanyak 1GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 2000mAh, selain turut dilengkapi ruangan storan terbina sebanyak 8GB. Buat masa ini, spesifikasi ini masih tidak disahkan oleh pihak Samsung, malah peranti ini turut dikatakan turut akan hadir dengan sokongan LTE.

Galaxy Core Prime ini disenaraikan pada harga INR 8500 di India (~RM450). Dengan beberapa peranti baru daripada Samsung ini, ia tidak diketahui sama ada gergasi dari Korea Selatan ini akan menawarkannya di Malaysia, ataupun hanya akan membawa masuk beberapa peranti terpilih sahaja.


TIPS & ULASAN