Samsung Galaxy A5 Dan Galaxy A3 Dengan Rekaan Kerangka Aluminium Unibody Tertiris

Samsung Galaxy A5 Dan Galaxy A3 Dengan Rekaan Kerangka Aluminium Unibody Tertiris

Diterbitkan pada Okt 7, 2014 oleh .

Samsung telah pun mula menguji rekaan kerangka baru bermula daripada Galaxy Alpha, dan kini dilihat mereka bakal memperkenalkan beberapa peranti lagi dibawah keluarga sama, yang mana mungkin dikenali sebagai Galaxy A3 dan juga Galaxy A5.

Samsung Galaxy A5

Namun, berbeza dengan Galaxy Alpha, kedua-dua telefon pintar baru ini bakal membawakan rekaan kerangka unibody, dimana pengguna tidak boleh menanggalkan kerangka belakangnya. Ia juga turut dijangka akan menyertakan rekaan berasaskan alumnium sepenuhnya pada peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A5 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, cip pemprosesan Snapdragon 400, dan bateri berkapasiti 2330mAh.

Galaxy A3 pula dijangka akan dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan rangkaian LTE, selain membawakan beberapa ciri-ciri lain menyerupai Galaxy A5.

Samsung dijangka akan memperkenalkan kedua-dua peranti ini dalam beberapa bulan akan datang. Namun, mungkin harganya juga turut akan menjadi salah satu penentu sama ada peranti ini akan menerima permintaan tinggi ataupun sebaliknya.

Jadi, apa kata anda mengenai rekaan unibody berasaskan aluminium daripada Samsung ini?


TIPS & ULASAN