Cari @ Amanz

Google XGoogle X merupakan salah satu divisyen dalam syarikat gergasi teknologi Google, yang mana memfokuskan kepada idea yang luar jangkaan. Mereka sedia hadir dengan beberapa idea menarik, termasuk kanta lekap pintar, Google Glass, kereta yang dipandu automatik, dan beberapa yang lain.

Terkini, menurut laporan WSJ, Google dikatakan sedang membangunkan skrin paparan yang mana membolehkan ia digabungkan untuk menjadi paparan bersaiz besar dengan mudah.

Idea ini mungkin tidak mengejutkan ramai pihak, memandangkan beberapa syarikat sedia melakukannya. Namun, Google dilihat ingin membawanya setapak kehadapan dengan membuang bingkai-bingkai berwarna hitam yang sering kita nampak apabila skrin dicantumkan, selain turut membuat pengoptimasian supaya gambar yang dipaparkan adalah bersaiz tepat tanpa kelihatan pelik.

Google masih belum mengumumkan projek ini secara awam buat masa ini. Google X dikatakan sedang mencuba dan memikirkan beberapa keadah untuk mengabungkan modul paparan ini yang boleh dihubungkan tanpa sebarang bezel padanya.

Mungkin sekiranya projek ini melangkah ke fasa seterusnya, pihak Google mungkin berkongsi beberapa perkembangan mengenainya bersama orang ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd