Ia masih tidak diketahui sama ada orang ramai inginkan kaca mata pintar ataupun sebaliknya. Beberapa syarikat telah hadir dengan penawaran mereka, termasuk Google dengan Google Glass, Sony dengan SmartEyeGlass, dan kini Toshiba pula dilihat hadir dengan jawapan mereka tersendiri dinamakan Toshiba Glass.
Toshiba Glass dilihat menyertakan sebuah projektor pada bahagian tepi, yang mana memaparkan imej didalam lensa – dan boleh digunakan untuk tujuan paparan augmented reality, dan sebagainya. Toshiba Glass ini dikatakan boleh digunakan untuk memaparkan informasi dari telefon terus ke skrin, dan pengguna boleh melihatnya tanpa gangguan.
Toshiba Glass memerlukan ia dihubungkan kepada telefon pintar untuk berfungsi, dan fungsi yang ditawarkan masih terhad buat masa ini jikalau dibandingkan dengan Google Glass.
Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi ia dijangka akan berharga lebih rendah jikalau dibandingkan dengan Google Glass.