Storan 1000 Terabyte Di Dalam DVD Kini Realiti

Storan 1000 Terabyte Di Dalam DVD Kini Realiti

Diterbitkan pada Okt 7, 2014 oleh .

Angkat tangan anda sekiranya komputer anda masih lagi mempunyai pemacu cakera padat. Di pejabat kami hanya satu sahaja komputer desktop yang masih mempunyai pemacu cakera padat. Komputer riba yang digunakan kami pula tidak mempunyai pemacu cakera. Teknologi pemacu ibu jari dan cakera keras mudah alih membuatkan ratusan keping DVDRW yang kami borong ketika zaman kolej dahulu kini mengumpul debu kerana tidak lagi diperlukan. Masalah utama DVDRW ialah had storan hanya sekadar 4.7 Gigabyte. Majoriti pemacu ibu jari yang dijual di pasaran dengan mudah mengisi lebih banyak data dan boleh digunakan berkali-kali tanpa had. Tetapi ini tidak bermakna teknologi cakera padat tidak lagi relevan. Sebagai contoh Facebook menyimpan data yang jarang diakses di dalam 10 000 cakera Blu-ray? Facebook menyimpan gambar dan video yang lama tidak diakses  di dalam cakera Bluray kerana ianya lebih menjimatkan dari menyimpannya di dalam cakera keras.

Di Swinburne University of Technology teknologi DVD yang mampu menyimpan data sebesar 1000 Terabyte (1 Petabyte) kini sudah menjadi realiti. Had penyimpanan data di dalam cakera padat sebelum ini dihadkan oleh saiz sumber cahaya yang hanya boleh dikecilkan sehingga 440 nanometer seperti yang digunakan pada cakera Blu-ray . Teknologi baru yang dibangunkan oleh Dr. Zongsong Gan ini mampu mengecilkan saiz sumber cahaya kepada hanya 9 nanometer. Ini bermakna lebih banyak data boleh dimampatkan ke dalam alur cakera padat yang sedia ada. Ini bermakna sebuah cakera pada di masa hadapan dapat menyimpan 40 000 filem berdefinisi tinggi (ataupun 50 000 Bluray RIP YIFY). Buat masa ini teknologi ini masih belum matang untuk digunakan secara komersial kerana kelajuan membaca dan menulis data ke dalam cakera 1 Petabyte masih lagi terlalu perlahan. Menurut Dr Zongsong Gan teknologi ciptaan beliau ini akan digunakan oleh kita semua untuk menyimpan data peribadi untuk tatapan generasi akan datang. Bayangkan cucu cicit anda boleh membaca setiap tulisan blog, gambar Instagram, foto Facebook, kicauan Twitter dan video Youtube yang pernah dihasilkan oleh anda di masa hadapan.

petabyte-dvd-disk-two-photon-optical-writing-reading-1-(1)

Sumber Science Alert


TIPS & ULASAN