Vysk QS1: Cengkerang Telefon Anti Godam Dan Intipan

Vysk QS1: Cengkerang Telefon Anti Godam Dan Intipan

Diterbitkan pada Okt 7, 2014 oleh .

Kita kini hidup di dalam dunia terangkai di mana kesemua majoriti produk yang kerap kita gunakan sentiasa di atas talian. Penggodam profesional boleh menggodam peranti anda bagi mendapatkan maklumat peribadi yang kemudian digunakan bagi memeras ugut diri anda. Terkini gambar kurang senonoh selebriti barat tersebar ke laman web selepas akaun iCloud mereka berjaya digodam. Terdapat juga ura-ura mengatakan peranti anda boleh digodam oleh badan kerajaan seperti NSA tanpa ada sedari. Teknologi yang dianggap fiksyen di dalam filem Batman The Dark Knight dan permainan komputer Watch Dogs nampaknya sudah menjadi realiti. Apakah yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda dari godaman sebegini? Cara paling mudah ialah hidup seperti tahun 1970an dan tidak menggunakan peranti pintar. Tetapi sekiranya anda masih memerlukan peranti pintar dan mahukan keselamatan anda terjamin anda boleh menggunakan cangkerang telefon Vysk QS1.

vysk_qs1_iphone_5s_case_protects_your_privacy_2

Vysk SQ1 ialah cangkerang untuk peranti iPhone. Ia dilengkapi penutup kamera belakang dan hadapan fizikal yang menutup kamera pada telefon anda. Ini bagi mengelakkan ianya digodam dan gerak geri anda dirakam tanpa kebenaran. Apabila gambar diambil menggunakan kamera, gambar tersebut akan disimpan di dalam galeri khas aplikasi Vysk yang mempunyai sistem penyulitan tersendiri. Anda perlu menekan pin khas bagi mengakses galeri tersebut. Akhir sekali terdapat aplikasi panggilan menggunakan mikrofon terbina Vysk yang memintas penggunaan mikrofon peranti yang boleh diintip oleh pihak ketiga. Cangkerang ini juga mempunyai power bank sebesar 2000 mAh bagi memanjangkan hayat peranti. Cangkerang ini mensasarkan golongan yang mementingkan privasi dan mahu berahsia. Sekiranya anda takut digodam, diintip pihak berkuasa ataupun menyembunyikan hubungan terlarang dari teman hidup, Vysk SQ1 boleh dipesan pada harga RM  750 sebuah.

vysk-qs1-screenshot


TIPS & ULASAN