Cari @ Amanz

DBKLDalam usaha memudahkan pengguna mengetahui status semasa kenderaan mereka yang telah ditunda oleh pihak DBKL, hari ini, pihak DBKL memperkenalkan sokongan perkhidmatan menyemak status menggunakan WhatsApp dan juga Telegram.

Melalui perkhidmatan baru yang diperkenalkan ini, pengguna hanya perlu menghantar nombor pendaftaran kenderaan mereka (nombor plat) kepada 0136663255 menggunakan SMS ataupun menggunakan aplikasi permesejan WhatsApp atau Telegram.

Pengguna kemudiannya akan dimaklumkan dengan lokasi semasa kenderaan yang ditunda, dan berapakah kompaun yang perlu dibayar mereka.

Ia dikatakan antara Januari hingga September yang lepas, sebanyak 6,105 kenderaan tleah ditunda, dan mungkin dengan pengenalan perkhidmatan ini ia akan lebih memudahkan pemilik kenderaan untuk mengetahui status semasa kenderaan mereka dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd