Celcom First One – Pelan Menarik Dan Murah Untuk Pengguna Peranti Pintar

Celcom First One – Pelan Menarik Dan Murah Untuk Pengguna Peranti Pintar

Diterbitkan pada Okt 7, 2014 oleh .

Advertorial daripada pihak Celcom Malaysia.

Terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi di Malaysia dengan penawaran pakej yang khusus untuk pengguna. Salah satunya adalah daripada pihak Celcom, yang mana kini mereka menawarkan Celcom First One kepada para pelanggan mereka.

Celcom First One hadir meliputi pelbagai perkhidmatan, termamsuk data untuk akses internet, SMS percuma, dan juga panggilan percuma – yang mana boleh digunakan untuk dalam rangkaian yang sama ataupun rangkaian lain.

Celcom First One hadir dengan pilihan One Plan 3GB yang ditawarkan pada komitmen bulanan sebanyak RM68, dan juga One Plan 5GB yang ditawarkan pada komitmen bulanan RM88. Seperti pada namanya, kedua-dua hadir dengan akses data internet sehingga 3GB dan juga 5GB – mengikut pelan yang dipilih.

Celcom Perbandingan

Kedua-duanya juga dilengkapi dengan penawaran SMS percuma sebanyak 60 SMS kemana-mana rangkaian, dan juga panggilan percuma selaman 60 minit ke mana-mana rangkaian.

Pihak Celcom turut menawarkan akses data tambahan kepada pengguna pada harga RM15 untuk satu GB, ataupun RM50 untuk 5GB.

Jikalau dibandingkan dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain, boleh dikatakan penawaran Celcom ini lebih berbaloi dan murah.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri kepada pelan ini dengan ke mana-mana BlueCube atau Celcom Xclusive berdekatan, sekaligus menikmati lebih penawaran menarik melaluinya.

Layari : Celcom First One Plan

Advertorial daripada pihak Celcom Malaysia.


TIPS & ULASAN