Cari @ Amanz

VAIO telah dijual oleh pihak Sony kepada syarikat lain, membolehkan Sony memfokuskan kepada peranti mudah-alih dan beberapa peralatan elektronik lain – sekaligus menjadikan ramai yang ingin mengetahui perkembangan semasa VAIO.

Terkini, VAIO yang berpangkalan di Jepun, telah hadir dengan sebuah prototaip untuk komputer riba hibrid mereka, yang mana secara kasarnya dilihat menyerupai Surface daripada Microsoft.

VAIO Prototaip

Komputer hibrid ini hadir dengan skrin pada resolusi 12.3-inci, dan turut dilengkapi dengan papan kekunci wireless dan juga sebuah pena elektronik.

VAIO dikatakan ingin memfokuskan kepada pengguna profesional melalui komputer hibrid ini – yang mana dilihat lebih memfokuskan kepada mereka yang terlibat dengan arena grafik, fotografi dan rekabentuk web.

VAIO Prototaip

VAIO mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan produk pertama mereka kepada umum pada bulan Mei tahun hadapan – dan akan mula menyasarkan pasaran Jepun terlebih dahulu

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd