Google Mungkin Membawakan Sokongan Multi-Window Ke Android

Google Mungkin Membawakan Sokongan Multi-Window Ke Android

Diterbitkan pada Okt 8, 2014 oleh .

Pada TouchWiz yang dibangunkan oleh Samsung, salah satu fungsi yang menarik adalah sokongan multi-windows. Kini, Google dilihat mungkin mengintegrasikan fungsi multi-window secara terbina pada Android dengan implementasi mereka tersendiri.

Android Multi-Window

Google dikatakan telah melihat kepada idea fungsi multi-window ini sejak daripada penghujung tahun lepas, dan masih tidak diketahui lagi sama ada ia akan hadir ke Android L ataupun sebaliknya.

Melalui apa yang dikongsikan oleh pihak AndroidPolice, fungsi multi-window ini akan membolehkan pengguna menjalankan dua aplikasi secara bersebelahan dengan mudah – salah satu perkara yang menarik untuk mereka yang menggunakan peranti bersaiz besar atau tablet.

Menggunakannya, pengguna boleh memilih aplikasi daripada senarai aplikasi yang sedang dijalankan, dan seterusnya snap ke sebahagian skrin, sementara mengakses peranti seperti biasa pada sebahagian skrin yang lain. Pengguna juga dikatakan boleh mengawal saiz paparan, antara 25% ke paparan penuh. Memandangkan Google telah mula bereksperimen dengan Material Design, maka mengaplikasikan penggunaan antaramuka pada sebahagian skrin ini mungkin bukan suatu masalah.

Android Multi-Window

Seperti pada TouchWiz, ia dikatakan teks, dan gambar turut boleh ditarik dari satu tetingkap ke yang lain, memudahkan lagi proses multi-tasking pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Google akan merealisasikan perkara ini ataupun sebaliknya. Namun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat konsep multi-window yang ingin dibawakan oleh Google ke Android.


TIPS & ULASAN