Facebook Bakal Hadir Dengan Aplikasi Yang Membolehkan Perbualan Dan Perbincangan Tanpa-Nama

Facebook Bakal Hadir Dengan Aplikasi Yang Membolehkan Perbualan Dan Perbincangan Tanpa-Nama

Diterbitkan pada Okt 8, 2014 oleh .

Aplikasi sembang dan perbualan tanpa-nama seperti Secret dan sebagainya boleh dikatakan agak popular pada tahun ini, dan kini ia dilaporkan yang mana Facebook turut sama akan menyertai arena sama dengan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dengan fungsi yang lebih kurang sama.

Facebook Anonymous

Facebook dikatakan akan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna berbual antara satu sama lain, dan menariknya ia boleh digunakan tanpa perlu anda log-masuk akaun Facebook, dan turut boleh digunakan untuk berbual tanpa memberikan nama sebenar.

Sokongan aplikasi perbualan seperti ini telah sedia popular sejak beberapa tahun lepas, dimana pengguna boleh memilih nama samaran, dan boleh terus berbual tanpa perlu mendaftarkan diri dan sebagainya.

Facebook sendiri sebelum ini telah memperkenalkan sokongan Anonymous Login, dan mungkin ini merupakan salah satu cara untuk Facebook memperlihatkan penggunaan sokongan tersebut, disamping mempopularkannya dikalangan para pembangun.

Facebook dikatakan akan memperkenalkan aplikasi perbualan tanpa-nama ini dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN