Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Asus Fonepad 8, pihak Asus Malaysia turut sama melancarkan satu lagi tablet bersaiz 8-inci, yang mana membawakan prestasi pemprosesan lebih pantas dan baik, dinamakan sebagai Asus Memopad 8.

Asus Memopad 8

Asus Memopad 8

Model yang dibawa masuk oleh pihak Asus ini adalah ME581CG, yang mana hadir dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE, selain pihak Asus turut menyertakan sokongan “any-pen” yang membolehkan pengguna menggunakan sebarang pen untuk menulis pada tablet berkenaan, dan membuat lakaran menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, Asus Memopad 8 ini membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan paparan pada resolusi 1920×1200 pixel, cip Intel Atom 64-bit 1.8Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi ruangan storan sebanyak 16GB. Pihak Asus turut menyertakan kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 1.2-megapixel.

Tablet yang membawakan rekaan yang nipis dan ringan ini akan dijual bermula penghujung Oktober ini di Malaysia pada harga RM1099.

Asus Memopad 8

Asus Memopad 8

Asus Memopad 8

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd