Telefon Dwi-Skrin – Yota Bakal Dilancarkan Di Malaysia Jumaat Ini

Telefon Dwi-Skrin – Yota Bakal Dilancarkan Di Malaysia Jumaat Ini

Diterbitkan pada Okt 8, 2014 oleh .

Pada awal tahun ini, ketika MWC 2014, kami pernah berkongsi akan salah satu telefon pintar menarik dengan sokongan skrin pada bahagian hadapan dan belakang peranti, dinamakan Yota. Kini, ia dilihat peranti tersebut akan mula dijual di Malaysia, dan dijadualkan untuk dilancarkan pada hari Jumaat ini.

YotaPhone

Yota Phone yang akan ditawarkan adalah versi generasi pertama, dimana ia hadir dengan skrin berwarna pada bahagian hadapan, dan skrin hitam putih pada bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 720×1280 pada bahagian hadapan, dan pada resolusi 360×640 pada bahagian belakang. Peranti ini turut dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, dan memori sebanyak 2GB RAM.

Mungkin kita akan mendengar maklumat lanjut seperti harga dan tarikh jualannya pada hari Jumaat ini. Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancarannya pada hari Jumaat ini.

Baca : Pandang Pertama YotaPhone


TIPS & ULASAN