Google Chrome 38 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows, Linux Dan Mac

Google Chrome 38 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows, Linux Dan Mac

Diterbitkan pada Okt 8, 2014 oleh .

Google Chrome LogoGoogle hari ini telah mengemaskini pelayar web desktop mereka kepada versi terkini, iaitu Chrome 38 – dan dilihat lebih memfokuskan kepada sokongan API baru untuk aplikasi dan pemalam, disamping membawakan kepada beberapa pengoptimasian dan kestabilan lain.

Google turut menekankan yang mana kemaskini Chrome 38 ini membawakan lebih 159 kemaskini sekuriti, dan beberapa pengoptimasian yang lain untuk menjadikan pelayar web ini pantas dan stabil ketika digunakan.

Seperti biasa, bagi pengguna sedia ada pelayar web ini akan dikemaskini secara automatik, sementara untuk pengguna baru, anda boleh memuat-turunnya secara percuma untuk desktop anda hari ini.

Muat-Turun Google Chrome untuk Desktop


TIPS & ULASAN