Cari @ Amanz

Lenovo boleh dikatakan antara syarikat perkomputeran yang masih hadir dengan pelbagai komputer riba dan juga komputer pelbagai mod yang menarik untuk pengguna. Terkini, mereka telah memperkenalkan dua produk baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Yoga Tablet 10 FHD dan juga Miix 2 (8-inci).

Yoga Tablet 10 FHD

Yoga Tablet 10 FHD hadir dengan tiga mod berbeza – iaitu Hold, Tilt dan Stand – dimana pengguna boleh menggunakan ia dengan mod yang diingini berdasarkan kepada penggunaan seperti untuk baca, untuk menikmati multimedia dan sebagainya. Kemaskini untuk Yoga Tablet 10 ini kini menyertakan skrin pada paparan 1920×1200 pixel, dilengkapi dengan Snapdragon 400, audio dengan sokongan Dolby, kamera belakang 8-megapixel, dan turut dilengkapi dengan Android 4.3 Jelly Bean.

Lenovo Miix 2 8-inci

Selain Yoga Tablet 10 FHD, pihak Lenovo Malaysia juga telah mula menawarkan Miix 2 dalam variasi saiz 8-inci, selain saiz 11-inci yang telah diperkenalkan sebelum ini. Miix 2 (8-inci) ini hadir dengan cip Intel Atom Z3740 1.86Ghz, memori 2GB RAM, dan paparan pada resolusi 1280x800pixel.

Lenovo Yoga Tablet 10 FHD dan Miix 2 (8-inci) boleh didapati di pasaran Malaysia bermula minggu ini, dimana Yoga Tablet 10 FHD ditawarkan pada harga RM1499, sementara Miix 2 (8-inci) ditawarkan pada harga RM1399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd