Nokia HERE Maps Dengan Sokongan Offline Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti Samsung

Nokia HERE Maps Dengan Sokongan Offline Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti Samsung

Diterbitkan pada Okt 8, 2014 oleh .

Nokia HERE Maps untuk peranti Android sedia dinantikan ramai, apatah lagi dengan HERE Maps yang sememangnya menawarkan fungsi navigasi dan pemetaan offline. Kini, selepas APK-nya tertiris beberapa kali sebelum ini, pihak Nokia secara rasminya telah menerbitkan aplikasi tersebut.

Untuk permulaan, ia diterbitkan di Samsung Galaxy Apps, sekaligus menjadikan ia hanya eksklusif untuk pengguna peranti Samsung Galaxy sahaja buat masa ini.

Pengguna Samsung Galaxy (sebarang model), boleh membuka kedai aplikasi khusus Samsung, yang dinamakan Galaxy Apps, dan memuat-turun HERE Maps melaluinya.

Nokia HERE Maps Beta

Menggunakan aplikasi HERE Maps ini, ia membawakan sokongan peta dan juga navigasi, dan pengguna turut boleh memuat-turun peta Malaysia untuk digunakan secara offline.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi HERE Maps ini daripada Galaxy Apps hari ini.

Muat-Turun Nokia HERE Maps untuk Galaxy Apps


TIPS & ULASAN