Google Kini Memaparkan Kotak Carian Kecil Untuk Memudahkan Carian Dalam Suatu Laman Spesifik

Diterbitkan pada Okt 8, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sebelum ini sedia menawarkan fungsi carian dengan kod “site:” sekiranya pengguna ingin membuat carian spesifik disesuatu domain. Kini, melangkah setapak kehadapan, dan dalam usaha memudahkan pengguna, Google memaparkan sebuah kotak kecil dibawah carian sesuatu laman, sekaligus membolehkan carian yang lebih spesifik dilakukan.

Google Search

Apa pun, buat masa ini, ia hanya dipaparkan kepada laman-laman yang sedia disahkan oleh Google, dan bukannya untuk semua laman.

Walaupun fungsi ini mungkin bukan sesuatu yang besar bagi pengguna profesional, namun, dengan pengenalannya, ia sekaligus akan memudahkan para pengguna awam untuk membuat carian yang lebih spesifik disesuatu laman dengan lebih efektif lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami