Apple Menjadualkan Acara Media Pada 16 Oktober – iPad Baru Dan OS X Yosemite

Apple Menjadualkan Acara Media Pada 16 Oktober – iPad Baru Dan OS X Yosemite

Diterbitkan pada Okt 9, 2014 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, Apple hari ini telah mula menghantar jemputan media kepada media-media antarabangsa untuk sebuah acara khusus yang dijadualkan pada 16 Oktober ini (17 Oktober waktu Malaysia).

Apple Event 2014

Pada acara berkenaan, pihak Apple dijangka akan memperkenalkan tablet terbaru mereka, berkemungkinan iPad Air 2 dan juga iPad Mini Retina 2.

Selain itu, mereka juga dijangka akan memperkenalkan sistem operasi OS X Yosemite secara rasminya pada tarikh yang sama, dimana membawakan pelbagai pembaharuan dan integrasi yang lebih mendalam dengan sistem iOS. Pihak Apple turut dikatakan akan memperkenalkan iMac Retina pada acara tersebut.

Apa pun, seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan, dan sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan Apple pada 17 Oktober ini (waktu Malaysia).


TIPS & ULASAN