Mari Tonton Acara Pengumuman Dan Pengenalan Produk Baru Daripada HTC – “Double Exposure”
HTC

Mari Tonton Acara Pengumuman Dan Pengenalan Produk Baru Daripada HTC – “Double Exposure”

Diterbitkan pada Okt 9, 2014 oleh .

HTC bakal memperkenalkan produk baru mereka dalam masa kurang 2 jam lagi (ketika artikel ini ditulis), dimana mereka dijangka mamperkenalkan beberapa produk baru. Salah satu yang bakal menjadi fokus utama adalah kamera aksi mereka seumpama GoPro yang dinamakan “ReCamera”.

Kamera aksi ini dikatakan boleh dihubungkan ke peranti Android dan iOS. HTC dijangka akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya pada acara tersebut.

Selain daripada itu, HTC turut dijangka akan memperkenalkan telefon pintar baru mereka – berkemungkinan memfokuskan kepada sokongan selfie, dinamakan HTC “Eye”.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung untuknya, dan pada masa yang sama anda juga turut boleh menyertai kami dengan menonton acara pengumuman tersebut yang dijadualkan sekitar pukul 4 pagi kelak.


TIPS & ULASAN