HTC Memperkenalkan Eye – Pengoptimasian Perisian Memfokuskan Kepada Rakaman Gambar
HTC

HTC Memperkenalkan Eye – Pengoptimasian Perisian Memfokuskan Kepada Rakaman Gambar

Diterbitkan pada Okt 9, 2014 oleh .

HTC hari ini telah mengadakan acara khas di New York, dimana mereka telah memulakan dengan pengenalan sokongan pengoptimasian pada aplikasi kamera, yang mana hadir dengan beberapa perkara baru.

HTC Eye

Dimulakan dengan fungsi memfokuskan kepada selfie, pihak HTC mengumumkan yang mana kini mereka menawarkan Auto-Selfie, dimana anda boleh klik pada butang rakaman, dan membuat aksi – dan kamera akan merakamkan gambar selepas dua saat. Pengguna juga turut boleh menggunakan arahan suara untuk membuat rakaman gambar, ataupun membuat gesture untuk rakaman video.

HTC Eye

Selain daripada itu, pengoptimasian baru ini turut ditawarkan untuk kamera belakang dengan beberapa mod baru, selain turut hadir dengan fungsi face-tracking dan juga screen-share – dimana kedua-duanya memfokuskan kepada panggilan video. Pengguna turut sama akan ditawarkan dengan fungsi split-capture yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video menggunakan kamera belakang dan hadapan pada masa yang sama.

HTC Eye

Kemaskini dengan fungsi “Eye” ini akan ditawarkan kepada pengguna peranti HTC One sedia ada pada bulan hadapan. Selain daripada kemaskini, fungsi baru ini juga akan hadir terbina pada peranti HTC Desire Eye.


TIPS & ULASAN