HTC Zoe Keluar Dari Fasa Beta – Bakal Hadir Untuk Pengguna iPhone
HTC

HTC Zoe Keluar Dari Fasa Beta – Bakal Hadir Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Okt 9, 2014 oleh .

HTC Zoe merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna memilih pelbagai jenis gambar dan video, dan seterusnya menghasilkan sebuah video menarik dengan penambahan audio dan kesan efek khas.

HTC Zoe

Ia telah diperkenalkan kepada pengguna Android selain peranti HTC sebelum ini dalam bentuk beta, dan hari ini pihak HTC mengumumkan versi stabil pertama untuknya – dan turut mengatakan ia kini turut ditawarkan kepada lebih banyak peranti Android dan bukan khusus untuk sesuatu peranti berspesifikasi tinggi sahaja.

Pada masa yang sama, dalam usaha membawa aplikasi tersebut ke platform lain, pihak HTC turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan aplikasi tersebut ke iPhone, dan akan diterbitkan di AppStore menjelang penghujung tahun ini.

Muat-Turun HTC Zoe di Google Play Store


TIPS & ULASAN